Salam Aidilfitri, moga amalan anda dan kami diterima oleh-Nya dan dikurniakan pengampunan oleh Maha Pengampun :)
Untuk post kali ini, apa yang nak diceritakan syuk?
Hari itu ada kawan bertanya tentang majlis kahwin yang lalu. Rasanya sebagai permulaan baru, ini intipati post kali ini, okaykah?
Buat permulaan, hantaran aku untuk Lady ialah 18k. A high value for any man. Nak buat macam mana, aku yang nak kahwin waktu belajar ni. Kalau tak kahwin tahun lepas, rasanya susah aku nak simpan duit nak kahwin hahaha.
Belanja kahwin setakat ini: 18,000
Tunang, hantaran aku 5 dulang berbalas 7 dulang. Expense kat sini rendah sebab mengulang dulang sepupu sepapat, sirih bagai semua pakai orang punya, cuma beli barang-barang hiasan macam bunga dan barang hantarannya. Cincin sebentuk, baju Rayyan Haya sehelai, buah-buahan, homemade cake dan sirih junjung. Belanja kat sini kecuali cincin sebentuk dalam RM500 tak silap. Take note lelaki sekalian, cincin tunang ni biasanya kalau dah beli yang ada diamond ke batu apeape ke, cincin nikah dah tak payah bagi dah. Boleh rotate je, takpun bagilaa gelang/rantai time nikah.
Hantaran kecuali cincin: 500
Harga cincin tak berbatu (916): 800+
Harga cincin berbatu (916): 800++
Belanja kahwin setakat ini: 18,500 + 800++
Waktu tunang, aku dah tunaikan 3k dari 18k hantaran aku tu. Jadi hantaran tinggal 15k.
Preparation majlis pernikahan dan kahwin.
Aku beruntung, bersyukur sangat isteri aku sanggup bantu aku simpan duit untuk majlis. For men, find a girl that'll help you somehow, morally or financially. You'll live happier later, believe me.
Untuk nikah; aku beli sebentuk lagi cincin untuk Lady tapi kali ni nantoka murah sikit dari yang sebelumnya haha. Kesian isteri aku, inshaAllah aku belanja benda lain pula nanti ;) Ini cincin nikah, kenapa cincin lagi? Sebab aku takde bajet nak beli gelang or rantai XD Gelang or rantai range harga dia 1000 - 3000, so take note ye para bakal suami, jangan janji benda yang tak kesampaian. Merajuk seumur hidup cik isteri nanti.
Hantaran hari itu 3 dulang je tak silap; mas kahwin, cincin dengan ape tah, maybe makanan. Cukup syarat sebab malulah bertandang tak bawa apaapa kan haha. Baju nikah aku tempah kat Cik Nab, tailor dari kecil. Tips; baju nikah buat warna yang lepas kahwin kau boleh pakai lagi, gold, peach ke. Putih maybe nampak sangat, orang perempuan ni dia cerewet nak pakai warnawarna putih ni. Tapi ada orang dia sewa je, aku taknak sebab nak tambah koleksi baju melayu aku haha.
Cincin nikah 916 berbatu: 800++
Kain baju nikah beli kat Jakel, 4.5m: 400
Sampin nikah beli kat Jakel: 400
Tempah kat Cik Nab: 150
Belanja setakat ini: 19,450 + 1600++
Majlis perkahwinan belah aku, hampir semua benda aku bayar pakai duit sendiri. To clear things up. majlis aku buat kat dewan Stadium Hang Jebat. Aku tak ambil pakej kahwin, sebab ibu aku ada preferred caterer. So agak mahal dari awal lagi.
Dewan: 1500 + 150 (1 bilik untuk salin pakaian, eventho bilik tu cermin full untuk tengok bola punya haha) tapi aku bayar half sebab ayah aku offer nak belanja. (825)
Catering: 13000 - 15000 (ni ibu dengan ayah aku sponsor sebab tetamu diorang ramai gila haha)
Meja dan kerusi: 2500 tak silap aku, dapat meja pengantin, 3 meja vip, kerusi semua berbalut kain, cukup sifat lah senang cerita. meja ada belas-belas, yang bulat tu.
Photographer: 1600 tak silap aku, event+outdoor, album+frame (still tak dapat lagi lah tapi huhuhuhu)
Doorgift: 500++ tak silap aku, sebab ada campur-campur dengan duit ibu aku sikit.
Kad jemputan: 500 + penanda arah 4, banner besar gila 1. stand banner 2.
Pelamin: 2200-2300 gurai camtu, aku upah pelamin kat staff CCVC Sepang (waktu tu ayah aku pengarah, tapi harga tetap sama, sapot bisnes bruv) dapat alatan2 lain macam bunga blablabla
Baju kahwin: 1000 tak silap, tapi wife lanje hehe. Mak andam pun wife lanje sebab dia nak melaram katanya.
Majlis kahwin: 8,225 + 1000++
Belanja setakat ini: 27, 675 + 2600++
Tips: Amik pakej yang sedia khemah, meja, pelamin, makan semua sekali. Murah sikit selalunya, cuma tak dapat memilih lah apa yang kau nak, gituh. Ada je yang pakej 13,000 dapat semua benda sekali.
Sekian belanja kahwin aku, untuk lelaki-lelaki sekalian, simpanlah lebih kurang 10,000 untuk majlis, 10,000 untuk lepas majlis. Baru boleh honeymoon dapdap pastu.
Takde rumah, kereta etc? Bincang dengan wife, layout a plan, barulah si isteri rasa si suami bagaikan lebih bersedia dan sanggup untuk bersusah payah. Mertua juga penting, bukan senang nak dapat support dari parents sendiri bila dah kahwin, jangan meminta sangat lagilagi pada mertua sebab kita lelaki, sekurangnya senyap sahaja itu membantu kita untuk kurang berharap dari bersuara. Nak minta tolong, minta lah kat adik beradik dulu, macam aku takde, so aku minta tlg ibu ayah aku support sikit tapi aku bayarlah balik huhu. Lelaki kan, bukan ego jadi taruhan tapi maruah sendiri lagilagi bila jadi ketua keluarga ni.
Sifat kita lelaki tak mahu dipandang rendah, lagilagi ahli keluarga sendiri apatahlagi mertua kan. Kalau isteri sendiri boleh perlekehkan kita, orang luar apatah lagi. Jadi jangan lemah sangat, buat apa yang mampu, bincang selalu inshaAllah isteri faham bila lihat orang lain lebih dari dia, inshaallah dia pun mampu bersabar.
Tips jadi suami? Nantilah post lain. Aku pun tak perfek, tapi boleh kita berkongsikongsi gittew.
Adios amigos, huliano ayamor.
Keith: A man from dust
No comments:
Post a Comment