Orang kata kalau mencari diri,
merantaulah.
Sekurangnya nampak diri jika dalam keadaan tertekan bagaimana.
Nampak diri bagaimana bila berjauhan dari keluarga.
Tapi yang baik ialah merantaulah dengan matlamat yang jelas.
biarpun rantauan kau itu bermatlamatkan duit.
Apa yang aku sedar, dengan pembacaan dan pengalaman sendiri, merantau bukanlah pilihan terbaik sebagai #lifegoals sebelum ataupun selepas kahwin dan berkerjaya.
Benar merantau meluaskan pemikiran, tapi kini dengan era semuanya di hujung jari, lebih banyak yang mampu kau pelajari.
Lebih dari pengalaman sendiri.
***
Dulu aku kuat pendirian aku.
Aku kuat dalam matlamat aku.
Aku nak jadi seorang yang berjaya.
Definisi berjaya aku?
Aku boleh ubah orang di sekeliling aku.
Aku mampu bantu secara kewangan.
Aku mampu bantu dari segi motivasi.
Aku mahu jadi seorang yang teratur.
Aku mahu jadi seorang yang mampu bahagiakan orang disekeliling aku.
Tapi.
Aku lupa semuanya bermula dari diri sendiri.
Aku lupa apa itu essence of oneself.
Aku sibuk berkhayalan.
Aku lupa aku yang salah dari awalnya.
Matlamat sudah jelas,
tapi langkah pertamaku sendiri sudah tersasar.
Aku gagal.
Sekarang.
Jika tak diubah,
selamanya aku gagal.
***
Moga tidak tersasar dari matlamat utama.
Ke syurga milik-Nya.
No comments:
Post a Comment