Assalamualaikum.
Ha free pun akhirnya. (padahal free je sebenarnya, takde idea nak update apa)
So nak diceritakan washlet ni bukanlah sinki untuk tangan, tapi sinki untuk alat sulit bernama dubur dan faraj. Polite sungguh bahasa wakaka.
Rasanya yang dah ke Jepun tahu washlet ni apa dan kaki socmed for sure dah tahu washlet and its benefits. Gi mam, nak cerita juga.
Washlet.
Idaman hampir kebanyakan kaki berak sebab boleh ganti paip konvensional.
Tapi ramai ke yang tahu keindahan washlet selain pengganti paip?
1. Pengganti paip (lol)
Dah terang. Malas cerita. Tekan butang terus terpancut. Seriously, aku terkejut dan geli-geli awal-awal dulu. Sekarang bersyukur gila, sampaikan sanggup naik basikal 2 minit gi 7eleven sebab nak berak dengan selesa.
2. Menjamin kebersihan. Bukan takat alat sulit, bahkan tandas.
Bayangkan anda masuk tandas dimana paipnya didalam mangkuk tandas. Tiada air terlimpah keluar melainkan anda tekan lalu ter-berdiri sebab terkejut beruks (ini kes first time ni pakai mesti ada satu dalam 100000 orang)
Korang takyah rajinkan diri untuk bersihkan keliling mangkuk tandas selalu.
Tiada kulat aneh dan makhluk hijau asing (sebut: lumut) akan tumbuh mendadak jika anda tak basuh tandas setahun.
dan tandas akan sentiasa kering sebab takde air melimpah keluar melainkan korang kencing bersepah.
3. Seater yang sungguh warm, tiada lagi terloncat kerana kulit punggung tersentuh bowl yang sejuk sangat (kes musim sejuk)
Tajuk je dah cover description. Tapi serius, sumpah best lagi-lagi musim sejuk.
4. Sound system yang mantop.
Ada lagu weh. Sumpah best, sebab berak tak kantoi besar kecik, pejal cair taik korang. Lepas je wakaka.
So apa aku nak cerita sebenarnya?
Atas tadi tu info ringan dan mukaddimah kepada post yang akan makan masa 10 minit korang baca.
Ehem.
Apa yang buat seketul washlet dan sebuah tandas awam menjadi bersih di Jepun ialah mentaliti dan kreativiti.
Budaya Jepun ialah berak lap guna tisu. Kita Malaysian istinjak guna air. Tapi istinjak guna air buat tandas mudah basah. Ada orang tak reti pulas kepala paip perlahan dan penuh sabar kerana bau tahi yang semerbak. Ada pula paipnya jenis machine gun, buka perlahan pun dah mengamuk macam tahan nak kencing 5 jam dalam lecture yang bosan teruk. Tapi tisu ada probability (baca: probabiliti) untuk clogging (sebut: penggumpalan) terhasil. Dan tisu sumpahlah tak yakin bontot korang dah bersih. Sumpah insecure.
So apa penyelesaiannya? Kurang penggunaan tisu tapi tandas yang sebolehnya kering, supaya selesa pengguna yang seterusnya. (ehem ni lah dia mainpoint)
Seorang manusia kalau ada concern dalam diri tentang society, dia akan fikir bout the norm dan ways to improve the life of every person in or out of his/her social circle.
So a washlet is a product of creativity and concerns of the impact of every things towards others' life. A clean toilet boleh buat kau tak gusar untuk solat jika dah buang air tetiba seluar basah sikit tak tahu mana datang air itu, tah suci atau najis pun taktahu. Tandas kalau bersih, kau nak tidur dalam dia pun tak kisah.
Tak susah nak buat tandas masjid tak hancing dan sentiasa bersih. Orang yang pakai paip mestilah bertanggungjawab untuk tak basahkan persekitaran dia. Tapi dengan adanya sebiji washlet di setiap tandas, tandas masjid pun boleh jadi tempat orang solat kalau perkarangan masjid dah full.
Tak susah nak buat tandas masjid tak hancing dan sentiasa bersih. Orang yang pakai paip mestilah bertanggungjawab untuk tak basahkan persekitaran dia. Tapi dengan adanya sebiji washlet di setiap tandas, tandas masjid pun boleh jadi tempat orang solat kalau perkarangan masjid dah full.
(notakaki: Melayu takkan buat, sebab mesti kena cemuh. Tapi Malaysian yang dah rasa duduk di negara tak muslim friendly, akan sanggup buat kalau itu last choice dia.)
Sebab tandas berwashlet ada kanousei (melayu dia: probability) yang takai (again, melayu dia: high) untuk bersih sehinggakan korang kalau kat jepun, akan sanggup solat dalam tandas OKU diorang.
So apa mentaliti Jepung yang membuahkan sebiji washlet?
Komen lah ape lagi. Semua nak suap berat ah.
No comments:
Post a Comment